(Dimakamkan di bawah pilar kota Konstantinopel)
Sahabat yang mulia ini bernama :KHALID BIN
ZAID BIN KULAIB dari Bani Najjar. Gelarnya Abu Ayyuh, dan golongan
Anshar. Siapakah di antara kaum muslimin yang belum mengenal Abu Ayyub
Al-Anshary?
Nama dan derajatnya dimuliakan Allah di
kalangan makhluk, baik di Timur mahupun di Barat. Kerana Allah telah
memilih rumahnya di antara sekalian rumah kaum muslimin, untuk tempat
tinggal Nabi-Nya yang mulia, ketika beliau baru tiba di Madinah sebagai
Muhajir. Hal ini cukup membanggakan bagi Ayu Ayyub.
Bertempatnya Rasulullah di rumah Abu Ayyub merupakan kisah manis untuk diulang-ulang dan enak untuk dikenang-kenang.
Setibanya Rasulullah di Madinah, beliau
disambut dengan hati terbuka oleh seluruh penduduk, beliau dielu-elukan
dengan kemuliaan yang belum pernah diterima se orang tamu atau utusan
manapun. Seluruh mata tertuju kepada beliau memancarkan kerinduan
seorang kekasih kepada kekasihnya yang baru tiba. Mereka membuka hati
lebar-lebar untuk menerima kasih sayang Rasulullah. Mereka buka pula
pintu rumah masing-masing, supaya kekasih mulia yang drindukan itu sudi
bertempat tinggal di rumah mereka.
Sebelum sampai di kota Madinah, beliau
berhenti lebih dahulu di Quba selama beberapa hari. Di kampung itu
beliau membangun masjid yang pertama-tama didirikan atas dasar taqwa.
Sesudah itu beliau meneruskan perjalanan ke kota Yatsrib mengendarai
unta. Para pemimpin Yatsrib berdiri sepanjang jalan yang akan dilalui
beliau untuk kedatangannya. Masing-masing berebut meminta Rasulullah
tinggal di rumahnya. Kerana itu Sayyid demi Sayyid menghadang dan
memegang tali untuk beliau untuk membawanya ke rumah mereka.
“Ya, Rasulullah! Sudilah Anda tinggal di
rumah saya selama Anda menghendaki. Akomodasi. dan keamanan Anda
terjamin sepenuhnya.” kata mereka berharap.
Jawab Rasulullah, “Biàrkanlah unta itu berjalan ke mana dia mahu, kerana dia sudah mendapat perintah.”
Unta Rasulullah terus berjalan diikuti
semua mata, dan diharap-harapkan seluruh hati. Bila untuk melewati
sebuah rumah, terdengar keluhan putus asa pemiliknya, kerana apa yang
diangan-angankannya ternyata hampa.
Unta terus berjalan melenggang seenaknya.
Orang banyak mengiringi di belakang. Mereka ingin tahu siapa yang
beruntung rumahnya ditempati tamu dan kekasih yang mulia ini.
Sampai di sebuah lapangan, iaitu di muka
halaman rumah Abu Ayyub Al-Anshary unta itu berlutut. Rasulullah tidak
segera turun dan punggung unta. Unta itu disu ruhnya berdiri dan
berjalan kembali. Tetapi setelah berkeliling-keliling, untuk berlutut
kembali di tempat semula.
Abu Ayyub mengucapkan takbir kerana sangat
gembira. Dia segera mendekati Rasulullah dan melapangkan jalan bagi
beliau. Diangkatnya barang-barang beliau dengan kedua tangannya,
bagaikan mengangkat seluruh perbendaharaan dunia. Lalu dibawanya ke
rumahnya
Rumah Abu Ayyub bertingkat tingkat atas
dikosongkan dan dibersihkannya untuk tempat tiniggal Rasulullah. Tetapi
Rasuluulah lebih suka tinggal di bawab. Abu Ayyub menurut saja di mana
beliau senang. Setelah malam tiba, Rasulullah masuk ke kamar tidur. Abu
Ayyub dan isteninya naik ke tingkat atas. Ketika suami isteri itu
menutupkan pintu, Abu Ayyub berkata kepada isterinya, “Celaka….! Mengapa
kita sebodoh ini. Pantaskah Rasulullab bertempat di bawah, sedangkan
kita berada lebib tinggi dari beliau” Pantaskah kita berjalan di atas
beliau? Pantaskah kita mengalingi antara Nabi dan Wahyu? Niscaya kita
celaka!”
Kedua suami isteri itu bingung, tidak tahu
apa yang harus diperbuat Tidak berapa lama berdiam diri, akhirnya mereka
memilih kamar yang tidak setentang dengan kamar Rasulullah Mereka
berjalan benjingkit-jingkit untuk menghindarkan suara telapak kaki
mereka. Setelah hari Subuh, Abu Ayyub berkata kepada Rasulullah kami
tidak mahu terpejam sepicing pun malam ini. Baik aku mahupun ibu Ayyub”
“Mengapa begitu?” tanya Rasulullah
“Aku ingat, kami berada di atas sedangkan
Rasulullah Yang kami muliakan berada di bawah. Apabila bergerak sedikit
saja, abu berjatuhan mengenai Rasulullah. Di samping itu kami mengalingi
Rasulullah dengan wahyu,” kata Abu Ayyub menjelaskan “Tenang sajalah,
hai Abu Ayyub. Saya lebih suka bertempat tinggal di bawah, kerana akan
banyak tamu yang datang berkunjung.”
Kata Abu Ayyub, “Akhirnya saya mengikuti
kemahuan Rasulullah. Pada suatu malam yang dingin, bejana kami pecah di
tingkat atas, sehingga airnya tumpah. Kain lap hanya ada sehelai, kerana
itu air yang kami keringkan dengan baju, kami sangat kuatir kalau air
mengalir ke tempat Rasulullah. Saya dan Ibu Ayyub bekerja keras
mengeringkan air sampai habis. Setelah hari Subuh saya pergi menemui
Rasulullah.
Saya berkata kepada beliau, “Sungguh mati, saya segan bertempat tinggal di atas, sedangkan Rasulullah tinggal di bawah”.
Kemudian Abu Ayyub menceritakan kepada
beliau perihal bejana yang pecah itu. Kerana itu Rasulullah
memperkenankan kami pindah ke bawah dan beliau pindah ke atas.
Rasulullah tinggal di rumah Abu Ayyub
kurang lebih tujuh bulan. Setelah masjid Rasulullah selesai dibangun,
beliau pindah ke kamar-kamar yang dibuatkan untuk beliau dan para isteri
beliau sekitar masjid. Sejak pindah dari rumah Abu , Rasulullah menjadi
tetangga dekat bagi Abu Ayyub. Rasulullah sangat menghargai Abu Ayyub
suami isteri sebagai tetangga yang baik.
Abu Ayyub mencintai Rasulullah sepenuh
hati. Sebaliknya beliau mencintainya pula, sehingga mereka saling
membantu setiap kesusahan masing-masing. Rasulullah memandang rumah Abu
Ayyub seperti rumah sendiri.
Ibnu ‘Abbas pernah bercerita sebagai berikut:
Pada suatu hari di tengah hari yang amat panas, Abu Bakar pergi ke masjid, lalu bertemu dengan ‘Umar ra.
“Hai, Abu Bakar! Mengapa Anda keluar di saat panas begini?”, tanya Umar.
Jawab Abu Bakar, “Saya lapar!”
Kata ‘Umar, “Demi Allah! Saya juga lapar.”
Ketika mereka sedang berbincang begitu, tiba-tiba Rasuluflah muncul.
Tanya Rasulullah, “Hendak kemana kalian di saat panas begini?”
Jawab mereka, ‘Demi Allah! Kami mencari makanan kerana lapar.”
Kata Rasulullah, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya! Saya juga lapar. Nah! Marilah ikut saya.”
Mereka bertiga berjalan bersama-sama ke
rumah Abu Ayyub Al-Anshary. Biasanya Abu Ayyub selalu menyediakan
makanan setiap hari untuk Rasulullab. Bila beliau terlambat atau tidak
datang, makanan itu dihabiskan oleh keluarga Abu Ayyub. Setelah mereka
tiba di pintu, Ibu Ayyub keluar menyongsonu mereka.
‘Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Ibu Ayyub.
“Kemana Abu Ayyub?” tanya Rasulullah.
Ketika itu Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurma dekat rumah. Mendengar suara Rasulullah, dia bergegas menemui beliau.
“Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Abu Ayyub.
Abu Ayyub langsung menyambung bicaranya, “Ya, Nabiyallah! Tidak biasanya Anda datang pada waktu sepert sekarang.
Jawab Rasulullah “Betul. hai Abu Ayyub!
Abu Ayyub pergi ke kebun, lalu dipotongnya
setandan kurma. Dalam setandan itu terdapat kurma yang sudah kering,
yang basah, dan yang setengah masak.
Kata Rasulullah, “Saya tidak menghendaki
engkau memotong kurma setandan begini. Alangkah baiknya jika engkau
petik saja yang sudah kering.”
Jawab Abu Ayyub, “Ya, Rasulullah! Saya
senang jika Anda suka mencicipi buah kering, yang basah, dan yang
setengah masak. Sementara itu saya sembelih kambing un tuk.Anda
bertiga.”
Kata Rasulullah, “Jika engkau menyembelih, jangan disembelih kambing yang sedang menyusui.”
“Abu Ayyub menangkap seekor kambing, lalu
disembelihnya. Dia berkata kepada Ibu Ayyub, “Buat adonan roti. Engkau
lebih pintar membuat roti.”
Abu Ayyub membagi dua sembelihannya.
Separuh digulainya dan separuh lagi dipanggangnya Setelah masak, maka
dihidangkannya ke hadapan Rasulullah dan sahabat beliau. Rasulullah
mengambil sepotong gulai kambing, kemudian diletakkannya di atas sebuah
roti yang belum dipotong.
Kata beliau, “Hai Abu Ayyub! Tolong
antarkan ini kepada Fatimah. Sudah beberapa hari ini dia tidak mendapat
makanan seperti ini.”
Selesai makan, Rasulullah berkata, “Roti,
daging, kurma kering, kurma basah, dan kurma setengah masak.”— Air mata
beliau mengalir ke pipinya.
Kemudian beliau bersabda ‘Demi Allah yang
jiwaku di tangan-Nya! SesungguhnYa beginilah ni’mat yang kalian minta
nanti di hari kiamat. Maka apabila kalian memperoleh yang seperti in
bacalah “Basmalah” lebih dahulu sebelum kalian makan. Bila sudah
kenyang, baca tahmid: “Segala puji bagi Allah yang telah mengenyang kan
kami dan memberi kami ni’mat.”
Kemudian Rasulullah saw. bangkit hendak pulang. Beliau berkata kepada Abu Ayyub, ‘Datanglah besok ke rumah kami!”
Sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah,
apabila Seseorang berbuat baik kepadanya, beliau segera membalas dengan
yang lebih baik. Tetapi Abu Ayyub tidak mendengar perkataan Rasulullah
kepadanya. Lalu dikata oleh ‘Umar, “Rasulullah menyuruh Anda datang
besok ke rumahnya.”
Kata Abu Ayyub, “Ya, saya patuhi setiap perintah Rasulullah.”
Keesokan harinya Abu Ayyub datang ke rumah
Ra sulullah. Beliau memberi Abu Ayyub seorang gadis kecil untuk pembantu
rumah tangga. Kata Rasulullah, ‘Perla kukanlah anak ini dengan baik,
hai Abu Ayyub! Selama dia di tangan kami, saya lihat anak ini baik.”
Abu Ayyub pulang ke rumahnya membawa seorang gadis kecil.
“Untuk siapa ini, Pak Ayyub?” tanya Ibu Ayyub.
“Untuk kita. Anak kita diberikan Rasulullah kepada kita,”jawab Abu Ayyub.
“Hargailah pemberian Rasulullah. Perlakukan anak ini lebih daripada sekedar suatu pemberian’ “ kata Ibu Ayyub.
“Memang! Rasulullah berpesan supaya kita
bersikap baik terhadap anak ini,” kata Abu Ayyub. “Bagaimana selayaknya
sikap kita terhadap anak ini, supaya pesan beliau terlaksana?” tanya Ibu
Ayyub.
“Demi Allah! Saya tidak melihat sikap yang lebih baik, melainkan memerdekakannya,” jawab Abu Ayyub.
“Kakanda benar-benar mendapat hidayah
Allah. Jika kakanda setuju begitu, baiklah kita merdekakan dia,” kata
Ibu Ayyub menyetujui.
Lalu gadis kecil itu mereka merdekakan.
ltulah sebagian bentuk nyata celah-celah
kehidupan Abu Ayyub setelah dia masuk Islam. Kalau dipaparkan
celah-celah kehidupannya dalam peperangan, kita akan tercengang
dibuatnya. Sepanjang hayatnya Abu Ayyub hidup dalam peperangan. Sehingga
dikatakan orang, “Abu Ayyub tidak pernah absen dalam setiap peperangan
yang dihadapi kaum muslimin sejak masa Rasulullah sampai dia wafat di
masa pemerintahan Mu ‘awiyah. Kecuali bila dia sedang bertugas dengan
suatu tugas penting yang lain.’’
Peperangan terakhir yang ikutinya, ialah
ketika Mu awiyah mengerahkan tentara muslimin merebut kota
Konstantinopel. Abu Ayyub seorang prajurit yang patuh dan setia. Ketika
itu dia telah berusia lebih delapan puluh tahun. Suatu usia yang boleh
dikatakan usia akhir tua. Tetapi usia tidak menghalanginya untuk
bergabung dengan tentara muslimin di bawah bendera Yazid bin Mu’awiyah.
Dia tidak menolak mengharufngi laut, membelah ombak untuk berperang fi
sabilillah. Tetapi belum berapa lama dia berada di medan tempur
menghadapi musuh, Abu Ayyub jatuh sakit. Abu Ayyub terpaksa istirahat di
perkemahan, tidak dapat melanjutkan peperangan kerana fisiknya sudah
lemah.
Ketika Yazid mengunjungi Abu Ayyub yang sakit, panglima ini bertanya, “Adakah sesuatu yang Anda kehendaki, hai Abu Ayyub?”
Jawab Abu Ayyub, ‘Tolong sampaikan salam
saya kepada seluruh tentara muslimin. Katakan kepada mereka, Abu Ayyub
berpesan supaya kalian semuanya terus maju sampai ke jantung daerah
musuh. Bawalah saya beserta kalian. Kalau saya mati, kuburkan saya dekat
pilar kota Konstantinopel!”
Tidak lama sesudah ia berkata demikian, Abu
Ayyub menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia wafat menemui Tuhannya
di tengah-tengah kancah pertempuran.
Tentara muslimin memperkenankan keinginan
sahabat Rasulullah yang mulia ini. Mereka berperang dengan gigih,
menghalau musuh dari satu medan ke medan tempur yang lain. Sehingga
akhirnya mereka berhasil mencapai pilar-pilar kota Konstantinopel,
sambil membawa jenazah Abu Ayyub.
Dekat sebuah pilar kota Konstantinopel
niereka menggali kuburuan, lalu mereka makamkan jenazah Abu Ayyub di
sana, sesuai dengan pesan Abu Ayyub.
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada
Abu Ayyub. Dia tidak ingin mati kecuali dalam barisan termpur yang
sedang berperang fi sabillah. Sedangkan usianya telah mencapai delapan
puluh tahun. Radhiyallahu ‘anhu. Amin!!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar