Minggu, 25 Maret 2012

Habib Salim bin Ahmad bin Jindan

Habib Salim bin Ahmad bin Husein bin Saleh bin Abdullah bin Umar bin Abdullah bin Jindan lahir di Surabaya pada 18 Rajab 1324 H / 7 September 1906. Sejak kecil beliau mendapat pendidikan agama dari ayahandanya.
Menginjak usia remaja beliau memperdalam agama kepada :
• Habib Abdullah bin Muhsin Al-Aththas ( Habib Empang, Bogor )
• Habib Muhammad bin Ahmad Al-Muhdhar ( Bondowoso )
• Habib Muhammad bin Idrus Al-Habsyi ( Surabaya )
• Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf ( Gresik )
• Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad
• K.H.Cholil bin Abdul Muthalib ( Bangkalan )
• Habib Alwi bin Abdullah Syahab ( Tarim, Hadramaut )
• Habib Abdul Qadir bin Ahmad Bilfaqih
Bukan hanya itu, beliau juga rajin menghadiri beberapa Majlis Taklim yang digelar oleh para ulama besar. Kalau dihitung, sudah ratusan ulama besar yang beliau kunjungi.
Memulakan pengajiannya di Madrasah al-Khairiyyah, Surabaya sebelum melanjutkan pelajarannya ke Makkah, Tarim dan Timur Tengah. Berguru dengan ramai ulama. Seorang ahli hadis yang menghafal 70,000 hadis (i.e. ada yang mengatakan ratusan ribu hadis). Beliau juga seorang ahli sejarah yang hebat, sehingga diceritakan pernah beliau menulis surat dengan Ratu Belanda berisikan silsilah raja-raja Belanda dengan tepat. Hal ini amat mengkagumkan Ratu Belanda, lantas surat beliau diberi jawaban dan diberi pujian dan penghargaan, sebab tak disangka oleh Ratu Belanda, seorang ulama Indonesia yang mengetahui silsilahnya dengan tepat. Tetapi tanda penghargaan Ratu Belanda tersebut telah dibuang oleh Habib Salim kerana beliau tidak memerlukan penghargaan.
Dalam usaha dakwahnya, beliau telah mendirikan madrasah di Probolinggo serta mendirikan Majlis Ta’lim Fakhriyyah di Jakarta, selain merantau ke berbagai daerah Indonesia untuk tujuan dakwah dan ta’lim. Mempunyai ramai murid antaranya Kiyai Abdullah Syafi`i, Habib Abdullah bin Thoha as-Saqqaf, Kiyai Thohir Rohili, Habib Abdur Rahman al-Attas dan ramai lagi.

Dari perjalanan taklimnya itu, akhirnya Habib Salim mampu menguasai berbagai ilmu agama, terutama hadits, tarikh dan nasab. Beliau juga hafal sejumlah kitab hadits. Berkat penguasaannya terhadap ilmu hadits, beliau mendapat gelar muhaddits dan karena menguasai ilmu sanad beliau digelari musnid.
Mengenai guru-gurunya itu, Habib Salim pernah berkata :
"Aku telah berkumpul dan hadir di majlis mereka. Dan sesungguhnya majlis mereka menyerupai majlis para sahabat Rasulullah saw, dimana terdapat kekhusyukan, ketenangan dan kharisma mereka."
Adapun guru yang paling berkesan di hatinya ialah Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad dan Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf. Tentang mereka, Habib Salim pernah berkata :
"Cukuplah bagi kami, mereka itu sebagai panutan dan suri teladan."
Pada tahun 1940, beliau hijrah ke Jakarta. Disini selain membuka majlis taklim, beliau juga berdakwah ke berbagai daerah. Di masa perjuangan menjelang kemerdekaan, Habib Salim ikut serta membakar semangat para pejuang untuk berjihad melawan penjajah Belanda. Itu sebabnya beliau pernah ditangkap, baik di masa penjajahan Jepang maupun ketika Belanda ingin kembali menjajah Indonesia seperti pada aksi polisionil I pada 1947 dan 1948.
Dalam tahanan penjajah, beliau sering disiksa, dipukul, ditendang, diestrum. Namun, beliau tetap tabah, pantang menyerah. Niatnya bukan hanya demi amar makruf nahi munkar, menentang kebatilan dan kemunkaran, tetapi juga demi kemerdekaan tanah airnya.
Setelah Indonesia benar-benar aman, Habib Salim sama sekali tidak memperdulikan apakah perjuangannya demi kemerdekaan tanah air itu dihargai atau tidak. Beliau ikhlas berjuang, kemudian kembali membuka majlis taklim yang diberi nama Qashar Al-Wafiddin. Lalu beliau kembali berdakwah dan mengajar, baik di Jakarta, di beberapa daerah, maupun di luar negeri, seperti Singapura, Malaysia, Kamboja.
Ketika berdakwah di daerah-daerah itulah beliau mengumpulkan data-data sejarah islam. Dengan cermat dan tekun beliau kumpulkan sejarah perkembangan islam di Ternate, Maluku, Ambon, Sulawesi, Kalimantan, Nusa tenggara, Timor Timur, Pulau Roti, Sumatera, Pulau Jawa. Beliau juga mendirikan perpustakaan bernama Al-Fakhriah.
Di masa itu, Habib salim juga dikenal sebagai ulama yang ahli dalam menjawab berbagai persoalan, yang kadang-kadang menjebak. Misalnya, suatu hari, ketika beliau ditanya oleh seorang pendeta :
"Habib, yang lebih mulia itu yang masih hidup atau yang sudah mati?"
Maka jawab Habib Salim :
"Semua orang akan menjawab, yang hidup lebih mulia daripada yang mati. Sebab yang mati sudah jadi bangkai."
Lalu kata pendeta itu:
"Kalau begitu Isa bin Maryam lebih mulia dari Muhammad bin Abdullah. Sebab Muhammad sudah meninggal; sementara Isa, menurut keyakinan Habib belum mati, masih hidup."
"Kalau begitu berarti ibu saya lebih mulia dari Maryam. Sebab Maryam sudah meninggal, sedang ibu aya masih hidup, itu, dia ada di belakang."
Jawab Habib Salim enteng.
Mendengar jawaban diplomatis itu, si pendeta terbungkam seribu bahasa, lalu pamit pulang. Ketika itu banyak kaum nasrani yang akhirnya masuk islam setelah bertukar pikiran dengan Habib Salim.
Habib Salim memang ahli berdebat dan Orator ulung. Pendiriannya pun teguh. Sejak lama, jauh-jauh hari, beliau sudah memperingatkan bahaya kerusakan moral akibat pornografi dan kemaksiatan.
"Para wanita mestinya jangan membuka aurat mereka, karena hal ini merupakan penyakit yang disebut tabarruj, atau memamerkan aurat, yang bisa menyebar ke seluruh rumah kaum muslimin."
Kata Habib Salim kala itu.
Ulama besar ini wafat di Jakarta pada 16 Rabiul Awal 1389 H / 1 juni 1969 M. ketika itu ratusan ribu kaum muslimin dari berbagai pelosok datang bertakziah ke rumahnya di Jl. Otista, Jakarta Timur. Iring-iringan pelayat begitu panjang sampai ke condet. Jasadnya di makamkan di kompleks Masjid Al-Hawi, Condet, Jakarta Timur.
Almarhum meninggalkan dua putra, Habib Shalahuddin dan Habib Novel, yang juga sudah menyusul ayahandanya. Namun, dakwah mereka tetap diteruskan oleh anak keturunan mereka. Mereka, misalnya membuka majlid taklim dan menggelar maulid ( termasuk Haul Habib Salim ) di rumah peninggalan Habib Salim di Jl.Otista.
Belakangan, nama perpustakaan Habib Salim, Al-Fakhriyah, diresmikan sebagai nama pondok pesantren yang didirikan oleh Habib Novel bin Salim di Ciledug, Tanggerang. Kini pesantren tersebut diasuh oleh Habib Jindan bin Novel bin Salim dan Habib Ahmad bin Novel bin Salim; dua putra Almarhum Habib Novel.
Ada sebuah nasihat Habib Salim bin Jindan yang sampai sekarang tetap diingat oleh keturunan dan para jamaahnya, yakni pentingnya menjaga akhlaq Keluarga;
"Kewajiban kaum Muslimin, khususnya orang tua, menasihati keluarga mereka, menjaga dan mendidik mereka, menjauhkan mereka dari orang-orang yang bisa merusak akhlaq. Sebab orang tua adalah wasilah ( perantara ) dalam menuntun anak-anak. Nasihat seorang ayah dan ibu lebih berpengaruh pada anak-anak dibanding nasihat orang lain."

Ratapan 10 Muharram - Fatwa Habib Salim
Lantaran Revolusi Syiah Iran yang menumbangkan kerajaan Syiah Pahlavi, maka ada orang kita yang terpengaruh dengan ajaran Syiah. Bahkan ada juga keturunan Saadah Ba ‘Alawi yang terpengaruh kerana termakan dakyah Syiah yang kononnya mengasihi Ahlil Bait.
Habib Salim bin Ahmad BinJindan telah menulis sebuah kitab membongkar kesesatan Syiah yang diberinya jodol “Ar-Raa`atul Ghoomidhah fi Naqdhi Kalaamir Raafidhah”. Berhubung dengan bid`ah ratapan pada hari ‘Asyura, Habib Salim menulis, antaranya:-
• Dan di antara seburuk-buruk adat mereka daripada bid`ah adalah puak Rawaafidh (Syiah) meratap dan menangis setiap tahun pada 10 Muharram hari terbunuhnya al-Husain. Maka ini adalah satu maksiat dari dosa-dosa besar yang mewajibkan azab bagi pelakunya dan tidak sewajarnya bagi orang yang berakal untuk meratap seperti anjing melolong dan menggerak-gerakkan badannya.
• Junjungan Rasulullah s.a.w. telah menegah daripada perbuatan sedemikian (yakni meratap) dan Junjungan Rasulullah s.a.w. telah melaknat orang yang meratap. Dan di antara perkara awal yang diminta oleh Junjungan Rasulullah s.a.w. daripada wanita-wanita yang berbaiah adalah supaya mereka meninggalkan perbuatan meratap terhadap si mati, di mana Junjungan s.a.w. bersabda:- “Dan janganlah kalian merobek pakaian, mencabut-cabut rambut dan menyeru-nyeru dengan kecelakaan dan kehancuran”.
• Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibnu Mas`ud r.a. bahawa Junjungan s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).” Maka semua ini adalah perbuatan haram dan pelakunya terkeluar daripada umat Muhammad s.a.w. sebagaimana dinyatakan dalam hadis tadi.
• Telah berkata asy-Syarif an-Nashir li Ahlus Sunnah wal Jama`ah ‘Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur al-Hadhrami dalam fatwanya: “Perbuatan menyeru `Ya Husain’ sebagaimana dilakukan di daerah India dan Jawa yang dilakukan pada hari ‘Asyura, sebelum atau selepasnya, adalah bid`ah madzmumah yang sangat-sangat haram dan pelaku-pelakunya dihukumkan fasik dan sesat yang menyerupai kaum Rawaafidh (Syiah) yang dilaknat oleh Allah. Bahawasanya Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kalangan mereka dan akan dihimpun bersama mereka pada hari kiamat.”
Janganlah tertipu dengan dakyah Syiah. Pelajarilah betul-betul pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan berpegang teguh dengannya. Katakan tidak kepada selain Ahlus Sunnah wal Jama`ah, katakan tidak kepada Wahhabi, katakan tidak kepada Syiah.

Disarikan dari Manakib Habib Salim bin Jindan karya Habib Ahmad bin Novel bin Salim

Tidak ada komentar:

Posting Komentar