Abdullah bin Jahsy r.a adalah anak
kepada ibu saudara Rasulullah SAW, Umamah binti Abdul Mutallib dan juga
ipar kepada Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW mengahwini saudara
perempuannya Zainab binti Jahsy r.a.
Abdullah bin Jahsy r.a termasuk dikalangan 40 orang pertama yang memeluk Islam (al-Sabiqun al-Awwalun).
Penghijrahan Abdullah bin Jahsy ke Madinah
Ketika Rasulullah SAW mengizinkan para
sahabat untuk berhijrah ke Madinah, Abdullah bin Jahsy adalah orang
kedua berhijrah selepas Abu Salamah r.a. Penghijrahan ini bukanlah
sesuatu yang baru bagi beliau kerana beliau telah terlibat dalam hijrah
ke Habsyah sebelum ini, cuma penghijrahan kali ini disertai isteri dan
anak.
Berikutan daripada hijrah beliau ke
Madinah, harta-harta peninggalan dan kekayaan Abdullah bin Jahsy telah
di rampas oleh Abu Jahal. Peristiwa ini berlaku apabile para pembesar
Quraisy yang mengadakan rondaan bagi memeriksa sudut-sudut kota Mekah
mendatangi perkampunang Bani Jahsy, iaitu setelah Abdullah bin Jahsy
meninggalkan kota Mekah. Pemimpin meraka, Abu Jahal yang mendapati rumah
Abdullah bin Jahsy tidak berpenghuni dan dipenuhi harta kekayaan, telah
mengambil seluruh harta itu. Perkara ini kemudiannya sampai ke
pengatahuan Abdullah bin Jahsy dan beliau mengadu kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah telah menjawab: “Allah akan menggantikannya dengan rumah yang paling baik di Syurga”
Abdullah bin Jahsy sebagai Amirul Mukminin
Untuk membentuk pasukan tentera Islam,
Rasulullah SAW telah memilih 8 orang yang dipandangnya mampu berperang
termasuk Abdullah bin Jahsy dan Sa’ad bin Abi Waqqash r.a. Dalam pasukan
ini, Abdullah bin Jahsy telah terpilih sebagai ketua dan telah
diserahkan bendera Islam pertama kepadanya. Bendera ini telah diikat
pada tongkat Rasullulah SAW. Abdullah bin Jahsy telah digelar Amirul Mukminin kerana peristiwa ini.
Setelah dilantik sebagai amir, beliau
telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk merisik dan mengintip
musuh. Rasulullah telah memberi Surat Perintah kepada beliau dan
melarang beliau membuka surat itu melainkan sesudah dua hari perjalanan.
Oleh itu sesudah dua hari perjalanan, beliau telah membuka surat itu
dan membacanya:
“ Bila kamu membaca surat ini,
teruskanlah perjalananmu ke arah Mekah. Berhentilah diantara Taif dan
Mekah. Amatilah gerak-geri kaun Quraisy dan segera laporkan kepadaku.”
Sesuai dengan arahan Rasulullah SAW,
Abdullah bin Jahsy r.a meneruskan perjalanannya dan tiba di Nakhlah. Di
tempat tersebut mereka mempersiapkan pos perisikan dan ketika mereka
bersiap-siap, tiba-tiba dari jarak yang agak jauh mereka terlihat
sekumpulan kabilah Quraisy terdiri daripada Amr bin Hadhramy, Hakam bin
Kaysan, Utsman bin Abdullah dan al-Mughirah bin Abdullah. Mereka membawa
dagangan seperti kulit, anggur dan sebagainya. Abdullah bin Jahsy telah
bermesyuarat dengan pasukannya untuk menyerang atau membiarkan kabilah
Quraisy itu. Di saat akhir bulan Haram, jika mereka melakukan
penyerangan, bererti melanggar kehormatan bulan itu serta akan
mendatangkan kemarahan bangsa Arab. Akan tetapi jika kabilah itu
dibiarkan lalu, mereka akan masuk ke tanah Haram (Mekah) iaitu bererti
membiarkan mereka masuk ke tempat aman.
Akhirnya mereka memutuskan menyerang dah
merampas harta kabilah itu. Seorang anggota rombongan tewas, dua
ditawan dan seorang lagi berjaya melarikan diri. Tibanya di Madinah,
harta rampasan dan tawanan dibawa dihadapan Rasulullah SAW. Abdullah bin
Jahsy dan pasukan telah dimarahi kerana bertindak diluar arahan dan
perintah Rasulullah SAW.
Baginda telah menangguhkan keputusan
mengenai hukuman harta rampasan dan dua tawanan perang sementara
menunggu keputusan dari Allah. Abdullah bin Jahsy dan pasukan telah
digantung kerja. Mereka jelas bersalah kerana melanggar perintah
Rasulullah SAW. Kaum muslimin mencela mereka sehingga mereka terase
dipulaukan. Penyesalan dan kesedihan menjadi lebih teruk apabila mereka
mengetahui kaum Quraisy menggunakan peluang ini untuk menekan Rasulullah
SAW dan kaum Muslimin. Mereka menyebarkan berita dikalangan
kabilah-kabilah Arab, bahawa kaum Muslimin telah menghalalkan
pertumpahan darah dan perampasan harta dibulan Haram.
Abdullah bin Jahsy menganggung beban
mental yang sangat hebat. Walaubagaimanapun, beliau tetap terus
beristigfar dan memohan ampun kepada Allah SWT sehingga turunnya Al-Baqarah ayat 217
membawa berita gembira. Turunnya ayat ini telah menenangkan hati
Rasulullah SAW. Harta rampasan diberike Baitul Man dan kedua tawanan
dibebaskan. Harta rampasan ini adalah harta rampasan pertama umat Islam
dan musuh yang dibunuh adalah musyrik pertama yang tertumpah darahnya
di tangan kaum Muslimin. Bendara pasukan mereka juga, bendara pertama
yang diikat oleh Rasulullah.
Syahidnya Abdullah bin Jahsy
Abdullah bin Jahsy adalah antara sahabat
yang syahid dalam perang Uhud. Di dalam perang ini Abdullah bin Jahsy
dan Saad bin Waqqash r.a telah berdoa di sebuah tempat yang agak
terpencil.
Doa Saad bin Waqqash r.a:
“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan musuh yang paling buas dan jahat. Aku akan melawannya dan berilah aku kemenangan”
Abdullah bin Jahsy mengaminkan doa seraya menambah:
“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan
musuh yang jahat dan buas. Aku akan melawannya dan aku tewas
ditangannya. Dia kemudian memotong hidung dan telingaku”
Ketika perang Uhud berakhir, ternyata
Allah memakbulkan doanya. Para sahabat menemukan jasadnya tewas
sepertimana doanya. Hidung dan telinganya buntung dan tubuhnya digantung
dengan seutas tali. Allah SWT memuliakan nya dengan pahala syahid
bersama Hamzah bin Abdul Muttalib r.a. Keduanya tewas dan dimakamkan
didalam satu kubur. Air mata Rasulullah telah membasahi kubur mereka
menambah harumnya darah syahid yang melumuri jasab mereka. Semoga mereka
dirahmati. Amin.
Sumber rujukan:
Sejarah 133 wira terbilang di zaman Rasulullah SAW.
Dr. Khalid Muhammad Khalid
Al-Hidayah.
Terima kasih sudah berbagi :)
BalasHapus